Saturday, January 17, 2015
Awat Langsir Kaca ?
Bismillahhirrahmanirrahim . .
Dua tiga kali la jugak aku fikir samada nak publish entry kali ni ataupun tak . Tajuk kali ni memang aku dah simpan dalam draft blog aku . Tapi disebabkan ada permintaan , maka hahahahaha publish je lah .
Lebih kurang begini alkisahnya . .
"Naja , apa maksud langsir kaca ?,"
**aku terperanjat sat sebab setahu aku ,aku hanya letak perkataan 'langsir kaca' kat Instagram aku yang kat bahagian website tu which is nama blog aku . Aku terdetik dalam hati , aihh dia ni stalk Instagram aku ke . Hanya family aku dan sorang kawan aku yang desak aku buat blog je yang tahu yang aku buat blog .Aku malas nak kecoh-kecoh kat orang lain yang aku dah ada blog . Aku just tulis nama blog aku kat Instagram kat bahagian website je . Biaq depa tau sendiri . **
Okay , sambung .
Aku jawab , "hahahahaha mana tahu ni . Hmm stalk insta aku ehh,"
"Stalk kau punya ws la ,"
**ohh jap jap hahahaha aku baru teringat . kat status whatsApp pun aku letak perkataan 'langsir kaca'**
Aku jawab , " ehh laa ye ke hahaha . Aku ingatkan kau stalk insta aku . Kalau kau stalk insta aku , habis pecah rahsia aku hahahah ,"
" Rahsia kau dah pecah dah naja . Aku dah baca dah hahahah . Weh , apa maksud langsir kaca ? Tak jawab pula ,"
Hahahahaha . Rare bukan ?
Okay laa macam ni . Nasib ada yang tanya . Kalau tak , aku buat tak tahu je kahkahkah
Sebelum ramai lagi yang tanya , 'awat langsir kaca' . 'najaq weyy apa maksud langsir kaca' , baik aku bagitahu awal-awal . Okay tenang people .
Meh sini aku terang .
Kat rumah ko mesti ada langsir en ? Langsir tu ko letakkan kat bahagian mana ? depan pintu bilik? depan gate ? depan tingkap? depan sliding door ? depan jamban? ahh tak kesah la en kat mana-mana pun . Asalkan ko bahagia .
Aku ambik contoh langsir sliding door ah , senang siket aku nak explain .
Apa fungsi langsir sliding door ni ? Dia jadi perantara antara luar rumah dengan dalam rumah en . Jadi , orang yang ada kat luar rumah , dia akan susah nak nampak apa yang ada kat bahagian dalam rumah . Melainkan kalau ko letak mata ko betul-betul dekat dengan sliding door tu .
Kaca ? Senang wehh senang . Kaca tu , kaca lah . Ala yang macam barang-barang yang diperbuat daripada kaca tu . Sifat kaca ni kan dia fragile . Bila sekali kau jatuhkan kaca tu kat lantai , apa jadi kat kaca tu ? Hmm boleh tahan gak KBAT ko ni naja kahkahkah . Berderai lah wey .
Okay sekarang ko boleh imagine ken macam mana bentuk langsir kaca ? pat pat imagine dulu . Ala dia macam kain langsir yang tinggi dia daripada sipi-sipi bawah siling sampailah mencecah lantai . Haa ko paham kan apa yang aku gigih nak sampaikan ni ?
SO, apa kaitan ?
Sebenarnya langsir kaca yang aku maksudkan tu adalah aku . Aku macam langsir kaca tu (selalunya lah tapi tak kerap sangat)
Aku , kalau aku ada masalah , seboleh-bolehnya aku akan simpan . Aku takkan cerita dekat orang ( melainkan kalau aku betul-betul percaya kat orang tu , ye aku akan cerita dekat dia) . Tu sebab aku ibaratkan diri aku macam langsir . Orang luar tak dapat nak agak apa masalah aku , apa yang aku rasa . Tapi langsir en ada macam-macam jenis ; ada yang okay je ada yang jarang sikit .Aku taktau kenapa muka aku ni jenis yang orang boleh baca hahaha sampai orang boleh perasan perubahan air muka aku . Aku bersyukur , alhamdulillah . Ada juga orang yang ambil tahu pasal aku . Tapi bila dorang tanya , aku lek je cakap okay .
Aku ibaratkan diri aku juga macam kaca sebab , kan tadi aku kata kalau aku ada masalah aku akan simpan en , haa tapi , kalau depa dah tahu apa problem aku ,pastu tanya aku bertubi-tubi soalan yang sama 'weh betul ke kau blablabla' , hmm ye aku akan cerita kat depa . Haa pecah jugak kan . Ada sesetengah kaca , kalau ko hempas satu kali , ada yang tak pecah. Tapi kalau ko bertubi-tubi jatuhkan kaca tu , memang pecah la . Nak kata aku ni mudah kene gertak ,tak jugak . Kalau aku cerita problem aku kat depa , tu nasib je tu hahahah ye ah sebab tekaan depa betul . Okay ahh aku bagi contoh ah bagi ko faham.
Contoh ahh ni contoh okay . Contoh kalau karya-karya aku yang ada kat dalam laptop / file aku tu , hilang .
Pastu orang lain perasan yang aku macam ada problem . Pastu depa tanya "weh naja , kau ada problem dalam pelajaran kaa ?,"
Hahahahah kalau dah macam tu punya teka , sorry ah memang aku takkan cerita .
Tapi kalau depa teka betul which is "karya kau hilang ke, naja?" , ye aku akan cerita .
Jadi aku rasa itu lah huraian untuk Langsir Kaca . Hekhek sebenarnya macam ni . Aku mula-mula saje je main brainstorm frasa yang pelik-pelik . Pastu frasa 'Langsir Kaca' terlintas kat otak aku hahahaha . Then , aku kaitkan frasa tu dengan diri aku . Tak sangka pula 'frasa' tu memang wujud dalam diri aku .
Nanti mesti ada yang tanya ,
"Kalau kau tak suka share problem kau kat orang , asal kau buat blog ?,"
hahahahahaha well macam yang aku dah cakap haritu , aku buat blog sebab aku nak share pengalaman hidup aku , aku nak share apa yang aku rasa , aku nak share apa yang aku tahu supaya orang yang baca blog aku ni akan dapat manfaat dan dapat mengambil iktibar daripada kisah aku .
Minta maaf kalau terkasar bahasa , salah silap mohon ampun .
Tuesday, January 13, 2015
Keliru
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh . .
Haa aku bagi salam panjang tu , jadi kau kene jawab salam dengan panjang , sampai habis dan lengkap . Itu lah yang sebaik-baiknya . Hmm jadi inilah rutin aku sekarang ni ; duduk depan laptop sambil menaip . Tapi takde lah selalu aku duduk depan laptop . Kalau tak , memang habis lah aku . Memang mak aku marah weh sebab tak buat kerja-kerja rumah . Menaip ni , isi masa sengang aku je . Jadi takde lah masa aku terbuang sangat . Cehh padehal buku mat luthfi pun aku tak habis baca lagi .
Kalau ko tanya aku masa aku kecik-kecik dulu aku nak jadi apa bila besar , uihh macam-macam aku nak jadi . Nak jadi doktor la sebab boleh cucuk-cucuk orang , nak jadi nurse macam mak aku , nak jadi polis pun hade sebab terpengaruh dengan Gerak Khas kahkahkah sebab boleh main pistol , macam-macam lagi lah . Tapi setakat ni takde lagi la kot kerjaya yang pelik-pelik .
Tapi ambition aku yang paling strong dari kecik , aku nak jadi doktor . Doktor ni kerja dia mulia , dia selamatkan nyawa orang dengan izinNya . Ambition aku tu kekal sampai la aku form 4 awal-awal tahun . Aku dari aliran Sains Agama . Aku memang nak kekal dalam Kelas Aliran Agama sebab masa PMR aku dulu , Bahasa Arab aku A, alhamdulillah . Rugilah kalau aku tak sambung . Jadi aku ada empat subjek teras ; Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris , Sejarah, Matematik . Subjek selebihnya Addmaths , Biologi , Fizik , Kimia , Bahasa Arab , Pendidikan Syariah Islamiah , Pendidikan Quran dan Sunnnah . Jadi ada 11 subjek kesemuanya .
So , untuk kelas biologi yang pertama , aku memang excited gila ah . Tapi bila aku dah selami biologi , rupanya minat aku takde kat situ . eh engko naja ,dah ko selalu ngantuk dalam kelas biologi mana lah nak datang perasaan suka ,ye tak hahaha . Tapi entahlah . Tak lama lepastu aku mula berubah hati ceyy ayat kahkahkah nak muntah aku . Aku baru tersedar rupanya sejak aku masuk form 4 , aku minat dengan Pendidikan Syariah Islamiah . Aku minat bukan sebab kulit buku lawo ke hape tak , mungkin sebab content yang ada kat dalam tu . Pernah jugak aku terfikir , why not kalau aku jadi peguam syariah kan . Sebab aku tengok populasi peguam syariah tak ramai weh . Aku nak tegakkan hak wanita Islam terutamanya sebab aku tengok ramai wanita di luar sana mudah ditindas oleh golongan lelaki tak kiraa lah daripada segi aspek apa sekalipun. Itu harapan aku . Plus , macam best pula kerja kat dalam mahkamah hahahaa .
Semangat aku untuk jadi peguam syariah makin berkobar-kobar selepas aku dapat keputusan yang baik dalam subjek tu dalam peperiksaan akhir tahun form 4 , alhamdulillah . Ada orang cakap , orang yang jadi peguam ni ibarat sebelah kaki dia kat syurga , sebelah lagi kaki dia kat neraka . Aku cuba menidakkan dengan mengatakan bahawa , kalau kita dah ada ilimu , mesti kita tahu mana yang berada di pihak yang benar dan mana yang berada di pihak yang salah . Tapi aku sedar yang kita adalah manusia biasa . Siapa kita nak judge samada orang tu betul ke atau dia benar-benar bersalah kan ? Nanti dibuatnya aku back up orang yang salah , neraka lah tempat aku . Eh asal entry kali ni aku betul-betul emo ni hahahaha . emo lah sikit , sebab ni berkaitan dengan future aku .
Tak lama lepas tu , lepas aku fobia sikit dengan peguam syariah ni hihihi aku mula fokus kepada pilihan kerjaya yang lebih soft sikit which is kaunselor . Takde lah soft mana , berat jugak lah . Kaunselor dalam bidang kekeluargaan dan kemasyarakatan ,aku rasa macam menarik . Menarik bukan sebab apa , tapi aku rasa kerjaya tu , aku dapat berikan impak yang besar kepada masyarakat . Mungkin aku boleh selamatkan rumahtangga yang hampir retak dengan memberikan khidmat nasihat dan dorongan kepada mereka untuk kembali berdamai . Aku tak mahu mereka bercerai-berai . Kesian anak-anak kecil yang menjadi mangsa keadaan .
T A P I . . . .
Ada satu hari tu , lebih kurang macam ni lah ceritanya , mak aku ada tanya aku ," nak sambung belajar dalam course apa ?" Aku jawab , "hmm yang pasti bukan dalam aliran sains ."
Mak aku pelik dengan jawapan aku hahaha .
Aku dah tak sanggup nak hadap fizik dan addmaths dah weh . Biologi pun dah tak larat aku nak digest . Tapi kimia aku okay lagi hehehe .
Mak aku cakap , "habistu awak nak jadi apa esok ? subjek yang belajar kat sekolah tu , awak boleh jadi doktor , ahli farmasi"
Hmmm *tak tahu nak cakap apa masatu . jadi aku diam kejap*
Mak cakap lagi ; "Mak taknak awak amik course yang mengarut-ngarut . haa awak nak jadi apa esok ni . haa macam ni , awak suka bercakap-cakap depan orang kan . apa kata jadi pegawai kesihatan . gaji dia sama je macam doktor dan ahli farmasi tu ."
"Pegawai kesihatan ? Dia buat apa? Kerja dia macam mana ?"
"Pegawai kesihatan ni kerja dia , bagi talk kat orang ramai pasal penjagaan kesihatan , pola pemakanan yang betul kepada masyarakat . Macam-macam lagi kerja pegawai kesihatan ni . Tapi kerja tu masih dalam skop 'dia bagi talk/ceramah'" .
Aku terdiam .
Baru aku tahu macam mana rasa orang yang tersepit antara impian sendiri dan harapan mak ayah . Selama ni, aku dengar benda-benda tu daripada cerita orang tapi last-last aku sendiri yang rasa .
Kaunselor ? Pegawai kesihatan ? Dua cabang kerjaya yang jauh berbeza .Yang satu ni melibatkan psikologi manusia . Yang satu lagi melibatkan tentang tubuh badan manusia . Macam mana aku nak pilih ni .
okay okay rileks naja . chill okay chill . Nasib baik lah ada satu hari tu , ada satu kain rentang ni , aku terbaca kat tepi jalan . Masa tu , aku kat dalam kereta dengan mak aku , tengah tunggu traffic light bertukar kaler hijau . Kat kain rentang tu ,dia tulis , Program Xpresi Karnival Lepasan SPM . Intipatinya ; motivasi halatuju , perancangan kewangan ,pameran kerjaya dan survival kampus . Ya Allah ! Perancangan Allah sangat sempurna . Aku rasa inilah peluang aku untuk aku tentukan apa yang aku nak .
Dah naja dah . ko tak payah nak pening kepala fikir pasal benda-benda ni dah . ko pergi je join program tu . Ye okay InsyaAllah . Harap-harap banyak pencerahan yang aku dapat sepanjang aku kat sana nanti . Ameen . Aku rasa kau pun patut join .
Tak salah kalau kau ada pasang impian nak jadi itu , nak jadi ini . Sebab dengan impian tu , kau akan bakar semangat kau untuk terus berjuang dalam hidup . Takde istilah angan-angan mat jenin dalam dunia ni . As long as kalau kau ada pasang impian , tu dah kira macam kau dah ada matlamat dalam hidup . Tapi impian tanpa usaha pun , takde guna jugak . Kau kene cari . Kau kene kejar . Kau patut dapatkan . InsyaAllah apa yang kau nak tu akan tercapai .

.
Sunday, January 11, 2015
Penakut ? Lek . Tu dulu . .
Bismillahirrahmanirrahim. .
Assalamualaikum . Jadi setakat ni , ni post aku yang kedua lah . Tak jauh sangat gap hari dengan post aku yang pertama . Memandangkan mood menaip aku dah sampai , idea pulak berbaldi-baldi , meh ahh dengar cerita suka sadis pahit manis aku . Dah secukup rasa dah tu .
Masa zaman aku sekolah menengah dulu , ewah macam dah lama beno tinggalkan sekolah padahal baru je beberapa bulan . Ada beberapa orang cikgu pernah tanya aku soalan yang lebih kurang macam ni ,
"Najatul , cikgu nak tanya . Awak ada join mana-mana kelas ke untuk pelbagaikan intonasi suara awak semasa awak berpidato, syarahan dan sebagainya ?"
Gulp . *sebab tak sangka cikgu tanya soalan macam tu *
Ada juga cikgu yang tanya soalan yang lebih kurang macam ni pula ,
"Awak dah join AMPAC berapa lama ?"
Whaatt cikgu ? Apa tu ? Tengok . Aku yang tanya balik kat cikgu apa benda tu . Rupanya AMPAC ni dia bangunkan potensi , kemahiran dan kepimpinan remaja . Ilmu pidato pun dia ada ajar . Ohh no wonder lah cikgu tanya soalan yang macam tu .
Soalan-soalan cikgu tu , aku jawab lebih kurang bunyi dia macam ni ,
"Emm . . .," (hek eleh engko tak reti pulak nak cakap .cepuk kang)
"Cikgu , hmm saya tak pernah join mana-mana kelas pun . Betul serious saya tak tipu . Emm mungkin saya belajar daripada pengalaman kot (hek eleh ko naja .jawapan tak boleh nak poyo lagi) . Percayalah cikgu . Saya cakap betul ."
Haa lebih kurang macam tu lah aku cakap . Cikgu pun terima jawapan aku dengan hati yang redha .
Jujur aku cakap , aku tak tahu pun aku ada bakat dalam memberi ucapan umum di hadapan khalayak ramai . Dulu-dulu , masa zaman kegemilangan kanak-kanak , obviously masa tadika dan sekolah rendah , akulah manusia yang paling banyak emas dalam mulut kahkahkah . Kalau cikgu suruh aku berdiri untuk baca buku kuat-kuat dekat dalam kelas , aku rasa macam nak meraung kat situ gak sebab taknak baca . Malu! Bila aku dah baca tu , aku rasa kawan aku yang duduk kat belakang sekali tak dengar kot apa yang aku baca . Haaih tu lah
Tapi alhamdulillah semuanya berubah sejak peristiwa ni . .
Masa tu aku darjah 5 . Kejadian ni berlaku masa kat sekolah agama . Masa tu sekolah agama aku sesi petang . Time tu ada pertandingan-pertandingan peringkat zon . Ada pertandingan nasyid, tulis khat , khutbah , syarahan bahasa melayu ,bercerita dan banyak lagi lah . Nak dipendekkan cerita , aku pun join nasyid . Tapi tak sangka pulak peserta nasyid dah terlebih sorang . Ish cikgu nasyid tu nak test suara setiap seorang la pulak . Cuak ah aku . ye ah aku mengaku , kadang-kadang suara aku sedap hekhek tapi kadang-kadang tak sedap langsung . ceh . So , kau boleh agak en apa jadi lepas tu . Ye betul lah tu . Aku tak terpilih. Kejadian tu berlaku kat dalam surau sekolah . Masa cikgu nasyid tu umum yang aku tak terpilih, aku okay je . Konon-konon steady bakhang .
Pastu aku keluar pakai kasut . Kan dah kata aku steady , tapi tu kejap je lah . Bila dah siap pakai kasut tu, haa time tu lah air mata aku ni tak segan-segan dia nak keluar . Memang dia keluar ah meleleh habis . Dah sampai kat kelas pun aku menangis lagi . Nasib baik lah masa tu ustazah tak mengajar . Dia suruh buat kerja sendiri sebab ramai yang takde dalam kelas mungkin . Aku dapat la jugak simpati daripada kawan-kawan yang duduk dekat keliling aku kahkahkah . Tanya aku kenapa aku nanges .Cuba nak pujuk aku sebab mungkin dorang tengok aku ni macam dah teruk sangat . Macam frust habis . ceh
Tak lama lepastu aku pun okay . Dah boleh terima kenyataan sikit . Aku main-main jap kat dalam kelas . Haa ko gelak lah . macam lah ko nak baca buku sangat kalau ustazah bagi buat kerja sendiri en? hahahaha . Tapi tu dulu lah masa sekolah rendah . Dah masuk sekolah menengah , kalau cikgu bagi buat kerja sendiri , aku dengan tergopoh-gapahnya siapkan homework yang bila tah sebab memang kene submit harini hahahaha .
Okay . Sambung
Tak lama lepastu , ustazah yang bagi kitorang buat kerja sendiri tu , panggil aku . Aku rasa pelik campur takut gak . Sebab dia eh tak beliau selalunya garang ,tapi dengan aku tak lah hahahah . Aku pun bangun dari kerusi pergi kat depan ,tempat beliau duduk . Beliau cakap kat aku lebih kurang macam ni ,
" Emm najatul , ustazah tak ada peserta lagi yang masuk syarahan bahasa melayu . Jadi , saya nak awak masuk syarahan ni , boleh?"
Ko nak tahu tak reaksi aku cemana ?
Entah lah nak hahaha . Aku pun tak tahu kenapa . Patutnya on the spot aku kene geleng kata tak nak . Tapi lain pula jadinya .
Masa tu aku tak fikir panjang , takde angin takde ribut aku terus angguk tanda setuju . Aku pun ambik teks syarahan daripada ustazah tu sebab dia suruh hafal . Aku pun duduk balik kat tempat aku . Pastu aku terasa macam aku baru tersedar . Asal laaa aku terima tawaran ustazah tuuuuuu . Dah la aku tak pernah buat benda ni seumur hidup aku .Kene hafal teks pulak tu . Eh kau pernah tak hafal teks sebanyak 5 ke 6 muka surat? pernah tak? pernah tak? hmm mungkin ko pernah kot . Aku tak pernah weh . Pastu aku ada la pasang niat balik rumah nanti nak tanya mak macam mana nak bersyarahan ni . Mana lah tahu mak aku pro benda-benda ni en . Alangkah hibanya rasa hati tapi bercampur gembira jugak . mak aku cakap macam ni ,
"Sebenarnya mak tak tahu nak syarahan ni macam mana . Mak tak pernah masuk . Tak pelah meh sini mak ajar ,"
Gembira jap .
Kiranya aku ada dua orang yang ajar aku syarahan masa tu . Kalau kat rumah . mak yang ajar aku . Kalau kat sekolah , ustazah zarina yang ajar aku . haa nama ustazah tu ustazah zarina . Penat jugak la ustazah zarina nak ajar aku . ye ah manada orang syarahan tangan kaku tak bergerak en . hahaha aku pakai main hafal je teks tapi gaya tangan tak buat sangat , dah macam pembaca berita yang dah kene reject je . Tapi sekarang ,kawan-kawan aku selalu bergurau dengan aku lebih kurang macam ni ,
"Naja , kau bila bercakap berborak-borak, memang kau suka gerak-gerakkan tangan eh,"
Well entah lah weh . Aku tak tahu kenapa dah jadi sebahagian daripada habit aku .
Okay aku sambung balik .
Masa hari pertandingan tu , aku tak menang pun . Aku tak kesah sebab ni percubaan aku kali yang pertama. Masa darjah 6 , ustazah zarina masih lagi memilih aku sebagai peserta syarahan bahasa melayu.
So, daripada situlah bakat aku diasah sampai tajam , digarap sampai berkilat-kilat . Masa tingkatan 1 , aku lek jap . Sebab aku takut nak bersaing , pesaing aku semuanya hebat-hebat . Takut tak menang pun salah satu faktor gak hahahaha . Tapi bila fikir balik , buat apa nak capai sesuatu pencapaian sedangkan pengalaman tu lebih penting daripada segalanya? ewah hahaha . Aku nekad ,masuk je tingkatan 2 , aku join pertandingan syarahan peringkat sekolah . Masa tu aku tak yakin sangat yang aku boleh menang ,ye lah pesaing aku semuanya teror weh . Pastu bila cikgu announced , tempat ketiga , aku dah hampa sebab aku memang target tu je . Bila cikgu announced naib johan ,hmm aku memang dah tak mengharap lagi dah . Mendung je muka aku .ceh . Pastu cikgu announced johan , cikgu buat gimik lak . Benda yang paling aku tak sangka , CIKGU SEBUT NAMA AKU weh . lek lek . aku buat caps lock bukannya aku nak tengking ko ke apa , aku eksited jah . Ye memang aku tak sangka . Sangat tak sangka! Alhamdulillah misi aku tercapai .
Masa tingkatan 3 , aku dah naik sesi pagi . Masa tu lagi lah takyah cakap . Senior aku ramai yang power-power weh dalam pengucapan umum ni . Well dorang budak-budak AMPAC . Masa sambutan hari kemerdekaan peringkat sekolah , cikgu adakan pertandingan pidato kemerdekaan . Aku macam biasa hekhek . Saja-saja cari pasal pergi daftar diri kat cikgu haa hamik kau kene bersaing dengan senior-senior kau yang kebabom tu . dah la dorang budak bahas haa ambik kau . Aku memang tak mengharap pun nak menang . ye lah bagi lah laluan kepada senior en hahaha . Pertandingan pun bermula . Aku gunakan tips ustazah zarina aku tu , kalau nak power , kene hafal teks . haa lebih kurang macam tu lah .
Pastu cikgu announced . tempat ketiga ; kawan aku , tak silap aku la . Tempat kedua ; faiz , senior aku budak ampac . Johan ; epul , senior aku ,budak ampac gak , pembahas sekolah . Well kan aku dah agak aku takkan menang punya . Cikgu yang jadi pengacara majlis ,bagi hadiah saguhati dekat aku . Aku pun keluar pakai kasut . Cikgu yang jadi pengacara majlis tu berbincang something dengan juri . Tak lama lepas tu , epul panggil aku . dia cakap juri tersilap apa tah aku pun tak ingat . Nak tahu tak lepastu apa jadi ???
Rupanya tempat pertama bukan epul . Haaih juri ni nak buat gimik agak-agak ah . Bukan nak cakap apa . Ya Allah alhamdulillah ,rezeki menyebelahi aku . aku tempat pertama alhamdulillah . Aku tabik dengan epul . Dia dengan gentleman nya serahkan hadiah yang dia dapat tu kat aku . Satu benda yang aku nak bagitahu kau, epul sangat power bila berbahas .ayat dia memang kalau kau jadi pihak lawan ,memang kau akan nangis nak balik kahkahkah .
Naik form 4 , aku mula masuk forum remaja dalam masa yang sama aku masih kekalkan pidato dan syarahan . Cikgu pujuk aku untuk masuk perbahasan ala parlimen hahaha . Aku taknak sebab aku tak yakin yang aku ni boleh berbahas ke tak . hmm aku pun masuk lah sebab cikgu nak sangat aku masuk . Pastu cikgu letakkan aku sebagai pembahas 3 tak kiralah kerajaan ke pembangkang . weh! gila ahh . pembahas 3 , mulut kene pedas weh ,kene berapi bakhang sebab pembahas 3 macam 'menteri pertahanan' . Aku pun cepat-cepat carikan pengganti untuk aku sebab aku nak tarik diri kahkahkah . Cikgu pun terpaksa lepaskan aku .
Bila dah naik form 5 , memang dah takde choice lain dah . Cikgu memang nak aku terajui pasukan bahas sebab senior-senior dah takde dah . Cikgu nak aku jadi pembahas 3 AGAIN hahaha . Takpelah aku redha. Aku suruh kawan aku untuk call epul . kalau-kalau epul free ke, suruh dia datang bagi tips kat pasukan aku . Alhamdulillah dia dapat turun .
Memang pasukan aku dah prepare dah point-point yang nak cakap sebab tajuk pun dah tahu untuk pusingan pertama . yang kelakarnya pasukan aku hanya prepare point untuk pusingan pertama je sebab memang kitorang tak target pergi semi final pun . Tapi lain pula yang jadi . Pasukan lawan kitorang untuk pusingan pertama tak datang hahahaha . Kitorang pergi semi final otomatik seh . Kitorang tak prepare pun tajuk-tajuk lain . Masa kene kuarantin tu , aku memang dah tak dapat nak fikir apa , idea taknak keluar . Masa pertandingan tu , aku macam pondan weh . Pondan bukan sebab tangan aku macam nyah ke apa , tapi hujah aku tah pape dah laa point tak strong langsung . Lembik je . aku tibai je apa yang aku nak cakap. Takde isi pun, apa yang aku cakap . Main kacau-kacau pihak lawan je . haa tajuk bahas masatu ni haa " Pendekatan undang-undang penyelesaian masalah integriti" haa hamik . time tu pasukan aku jadi pembangkang . Hmm ko dah boleh agak en pasukan mana menang ? Pasukan lawan menang .
Sekembalinya ke sekolah ,ceh hahaha kawan-kawan yang lain sibuk duk tanya dapat nombor berapa . Aku dah pakat dah dengan pasukan aku , kalau-kalau ada orang tanya kita dapat nombor berapa , cakap je kalah kat semi final kahkahkah . Jahat en . Tapi betul apa .
Jadi , itulah peristiwa-peristiwa yang terjadi kat dalam hidup aku . Benda-benda tu semua lah yang mematangkan aku dan menjadikan aku siapa aku . eh hahaha . Maaf kalau terkasar bahasa ,salah silap mohon ampun .
Kau jangan takut untuk melakukan sesuatu yang kau tak biasa , mungkin sesuatu yang tak biasa itu lah yang akan menjadikan kau siapa kau . Lek je kalau kau masih lagi tak biasa dengan benda baru yang kau ceburi, sebab nanti lama-lama , keseronokan tu akan datang tanpa diduga . Pengalaman takde jual kat tepi-tepi jalan, pengalaman tu jugak kau tak boleh kutip kat tepi-tepi pantai , tapi dia datang daripada diri kau sendiri .

Friday, January 9, 2015
Kenapa aku buat blog ?
Assalamualaikum . haha . Aku orang baru kat sini . Sebenarnya dah lama dah aku nak buat blog . Rasanya sebelum SPM lagi . Tapi aku buat lek je sebab tak tahu nak create account blog macam mana . hahaha
Tapi sejak akhir-akhir ini *bapak skema .dah macam karangan doh* , aku eager gila nak tahu macam mana nak buat blog ni . Sebelum tu , terima kasih aku ucapkan kepada teknikbuatblog.blogspot.com sebab dah ajar aku satu per satu buat benda ni (Ya Allah skemaanyaa) .Ada beberapa faktor juga kenapa aku eager gila nak buat blog ni :
Ceritanya macam ni . .
Ada satu hari tu , aku dah siapkan satu cerpen tentang kelas aku . Pastu aku tengok telefon jap . Whatsapp group kelas aku masuk message . Mereka tengah berbalas-balas message . Aku pun join . Aku ambik peluang tu untuk bagitau dorang macam ni ,
"Korang , on insta malam ni eh . I have a cerpen for you guys . Hekhekhek"
Aku pun nak post la cerpen aku kat Instagram . Gigih aku menaip panjang jela tu pastu end up dengan
"upload failed" cehh mungkin aku taip panjang sangat kut . Aku pun taip lagi . Lagi dan lagi . Finally , dapat jugak upload !
Keesokkan harinya . .
Dia dah baca cerpen yang aku post di Instagram . Lepastu dia hantar wasep kat group kelas . Dia cakap lebih kurang macam ni :
"NAJAAA, Buat laaa blog najaaa . Pastu kau link kan kat Twitter dengan Instagram . Nanti ramai yang nak baca . Sekarang trend lepasan SPM buat cerpen macam kau kat blog . Pastu dia link kat Twitter dengan Instagram . Best gila baca ,"
Haa tu lah yang dia cakap . Masa tu aku terharu gila bakhang . Dia sokong aku kali ni hahahaha . Terima kasih weh . Tapi aku takde Twitter hmm . hahaha . Aku sebenarnya takde niat pun nak publish aku punya karya dekat alam maya . Aku nak jaga kesucian dia heh . Tapi ada sebab kenapa aku post cerpen aku tu kat Instagram . Aku nak kawan-kawan sekelas aku, ingat peristiwa yang ada kat dalam cerpen tu sampai bila-bila .
Jadi , itulah sebab utamanya . Tapi ada lagi sebab yang paaaling utama gila .
Kan masa memula aku cakap aku dah laama gila teringin nak buat blog en . Tapi takde ah sampai kempunan jadah tu . Aku buat kerana Allah . Aku nak buat blog sebab aku nak give something kepada orang keliling aku . Aku nak share pengalaman hidup aku walaupun takde lah tua mana . Muda . Fresh . Baru habis sekolah hahaha .
Jadi aku berharap (asal dah macam nak berkempen ni hek), kita sama-sama dapat positive vibes dalam kehidupan kita . Dapat share ilmu dan pengalaman sesama kita . Aku minta sangat-sangat kalau nampak salah silap atau kekurangan sepanjang penulisan aku ni , tegur la aku . Aku takde hal . Aku okay .
SO , SELAMAT DATANG KE LANGSIR KACA .

- desakan seorang rakan
- atas permintaan sendiri
- aku rasa nak buat

Subscribe to:
Comments (Atom)