Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakaatuh . .
Haa aku bagi salam panjang tu , jadi kau kene jawab salam dengan panjang , sampai habis dan lengkap . Itu lah yang sebaik-baiknya . Hmm jadi inilah rutin aku sekarang ni ; duduk depan laptop sambil menaip . Tapi takde lah selalu aku duduk depan laptop . Kalau tak , memang habis lah aku . Memang mak aku marah weh sebab tak buat kerja-kerja rumah . Menaip ni , isi masa sengang aku je . Jadi takde lah masa aku terbuang sangat . Cehh padehal buku mat luthfi pun aku tak habis baca lagi .
Kalau ko tanya aku masa aku kecik-kecik dulu aku nak jadi apa bila besar , uihh macam-macam aku nak jadi . Nak jadi doktor la sebab boleh cucuk-cucuk orang , nak jadi nurse macam mak aku , nak jadi polis pun hade sebab terpengaruh dengan Gerak Khas kahkahkah sebab boleh main pistol , macam-macam lagi lah . Tapi setakat ni takde lagi la kot kerjaya yang pelik-pelik .
Tapi ambition aku yang paling strong dari kecik , aku nak jadi doktor . Doktor ni kerja dia mulia , dia selamatkan nyawa orang dengan izinNya . Ambition aku tu kekal sampai la aku form 4 awal-awal tahun . Aku dari aliran Sains Agama . Aku memang nak kekal dalam Kelas Aliran Agama sebab masa PMR aku dulu , Bahasa Arab aku A, alhamdulillah . Rugilah kalau aku tak sambung . Jadi aku ada empat subjek teras ; Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris , Sejarah, Matematik . Subjek selebihnya Addmaths , Biologi , Fizik , Kimia , Bahasa Arab , Pendidikan Syariah Islamiah , Pendidikan Quran dan Sunnnah . Jadi ada 11 subjek kesemuanya .
So , untuk kelas biologi yang pertama , aku memang excited gila ah . Tapi bila aku dah selami biologi , rupanya minat aku takde kat situ . eh engko naja ,dah ko selalu ngantuk dalam kelas biologi mana lah nak datang perasaan suka ,ye tak hahaha . Tapi entahlah . Tak lama lepastu aku mula berubah hati ceyy ayat kahkahkah nak muntah aku . Aku baru tersedar rupanya sejak aku masuk form 4 , aku minat dengan Pendidikan Syariah Islamiah . Aku minat bukan sebab kulit buku lawo ke hape tak , mungkin sebab content yang ada kat dalam tu . Pernah jugak aku terfikir , why not kalau aku jadi peguam syariah kan . Sebab aku tengok populasi peguam syariah tak ramai weh . Aku nak tegakkan hak wanita Islam terutamanya sebab aku tengok ramai wanita di luar sana mudah ditindas oleh golongan lelaki tak kiraa lah daripada segi aspek apa sekalipun. Itu harapan aku . Plus , macam best pula kerja kat dalam mahkamah hahahaa .
Semangat aku untuk jadi peguam syariah makin berkobar-kobar selepas aku dapat keputusan yang baik dalam subjek tu dalam peperiksaan akhir tahun form 4 , alhamdulillah . Ada orang cakap , orang yang jadi peguam ni ibarat sebelah kaki dia kat syurga , sebelah lagi kaki dia kat neraka . Aku cuba menidakkan dengan mengatakan bahawa , kalau kita dah ada ilimu , mesti kita tahu mana yang berada di pihak yang benar dan mana yang berada di pihak yang salah . Tapi aku sedar yang kita adalah manusia biasa . Siapa kita nak judge samada orang tu betul ke atau dia benar-benar bersalah kan ? Nanti dibuatnya aku back up orang yang salah , neraka lah tempat aku . Eh asal entry kali ni aku betul-betul emo ni hahahaha . emo lah sikit , sebab ni berkaitan dengan future aku .
Tak lama lepas tu , lepas aku fobia sikit dengan peguam syariah ni hihihi aku mula fokus kepada pilihan kerjaya yang lebih soft sikit which is kaunselor . Takde lah soft mana , berat jugak lah . Kaunselor dalam bidang kekeluargaan dan kemasyarakatan ,aku rasa macam menarik . Menarik bukan sebab apa , tapi aku rasa kerjaya tu , aku dapat berikan impak yang besar kepada masyarakat . Mungkin aku boleh selamatkan rumahtangga yang hampir retak dengan memberikan khidmat nasihat dan dorongan kepada mereka untuk kembali berdamai . Aku tak mahu mereka bercerai-berai . Kesian anak-anak kecil yang menjadi mangsa keadaan .
T A P I . . . .
Ada satu hari tu , lebih kurang macam ni lah ceritanya , mak aku ada tanya aku ," nak sambung belajar dalam course apa ?" Aku jawab , "hmm yang pasti bukan dalam aliran sains ."
Mak aku pelik dengan jawapan aku hahaha .
Aku dah tak sanggup nak hadap fizik dan addmaths dah weh . Biologi pun dah tak larat aku nak digest . Tapi kimia aku okay lagi hehehe .
Mak aku cakap , "habistu awak nak jadi apa esok ? subjek yang belajar kat sekolah tu , awak boleh jadi doktor , ahli farmasi"
Hmmm *tak tahu nak cakap apa masatu . jadi aku diam kejap*
Mak cakap lagi ; "Mak taknak awak amik course yang mengarut-ngarut . haa awak nak jadi apa esok ni . haa macam ni , awak suka bercakap-cakap depan orang kan . apa kata jadi pegawai kesihatan . gaji dia sama je macam doktor dan ahli farmasi tu ."
"Pegawai kesihatan ? Dia buat apa? Kerja dia macam mana ?"
"Pegawai kesihatan ni kerja dia , bagi talk kat orang ramai pasal penjagaan kesihatan , pola pemakanan yang betul kepada masyarakat . Macam-macam lagi kerja pegawai kesihatan ni . Tapi kerja tu masih dalam skop 'dia bagi talk/ceramah'" .
Aku terdiam .
Baru aku tahu macam mana rasa orang yang tersepit antara impian sendiri dan harapan mak ayah . Selama ni, aku dengar benda-benda tu daripada cerita orang tapi last-last aku sendiri yang rasa .
Kaunselor ? Pegawai kesihatan ? Dua cabang kerjaya yang jauh berbeza .Yang satu ni melibatkan psikologi manusia . Yang satu lagi melibatkan tentang tubuh badan manusia . Macam mana aku nak pilih ni .
okay okay rileks naja . chill okay chill . Nasib baik lah ada satu hari tu , ada satu kain rentang ni , aku terbaca kat tepi jalan . Masa tu , aku kat dalam kereta dengan mak aku , tengah tunggu traffic light bertukar kaler hijau . Kat kain rentang tu ,dia tulis , Program Xpresi Karnival Lepasan SPM . Intipatinya ; motivasi halatuju , perancangan kewangan ,pameran kerjaya dan survival kampus . Ya Allah ! Perancangan Allah sangat sempurna . Aku rasa inilah peluang aku untuk aku tentukan apa yang aku nak .
Dah naja dah . ko tak payah nak pening kepala fikir pasal benda-benda ni dah . ko pergi je join program tu . Ye okay InsyaAllah . Harap-harap banyak pencerahan yang aku dapat sepanjang aku kat sana nanti . Ameen . Aku rasa kau pun patut join .
Tak salah kalau kau ada pasang impian nak jadi itu , nak jadi ini . Sebab dengan impian tu , kau akan bakar semangat kau untuk terus berjuang dalam hidup . Takde istilah angan-angan mat jenin dalam dunia ni . As long as kalau kau ada pasang impian , tu dah kira macam kau dah ada matlamat dalam hidup . Tapi impian tanpa usaha pun , takde guna jugak . Kau kene cari . Kau kene kejar . Kau patut dapatkan . InsyaAllah apa yang kau nak tu akan tercapai .
Minta maaf kalau terkasar bahasa , salah silap mohon ampun .

.
No comments:
Post a Comment