Tapi sejak akhir-akhir ini *bapak skema .dah macam karangan doh* , aku eager gila nak tahu macam mana nak buat blog ni . Sebelum tu , terima kasih aku ucapkan kepada teknikbuatblog.blogspot.com sebab dah ajar aku satu per satu buat benda ni (Ya Allah skemaanyaa) .Ada beberapa faktor juga kenapa aku eager gila nak buat blog ni :
- desakan seorang rakan
- atas permintaan sendiri
- aku rasa nak buat
Ceritanya macam ni . .
Ada satu hari tu , aku dah siapkan satu cerpen tentang kelas aku . Pastu aku tengok telefon jap . Whatsapp group kelas aku masuk message . Mereka tengah berbalas-balas message . Aku pun join . Aku ambik peluang tu untuk bagitau dorang macam ni ,
"Korang , on insta malam ni eh . I have a cerpen for you guys . Hekhekhek"
Aku pun nak post la cerpen aku kat Instagram . Gigih aku menaip panjang jela tu pastu end up dengan
"upload failed" cehh mungkin aku taip panjang sangat kut . Aku pun taip lagi . Lagi dan lagi . Finally , dapat jugak upload !
Keesokkan harinya . .
Dia dah baca cerpen yang aku post di Instagram . Lepastu dia hantar wasep kat group kelas . Dia cakap lebih kurang macam ni :
"NAJAAA, Buat laaa blog najaaa . Pastu kau link kan kat Twitter dengan Instagram . Nanti ramai yang nak baca . Sekarang trend lepasan SPM buat cerpen macam kau kat blog . Pastu dia link kat Twitter dengan Instagram . Best gila baca ,"
Haa tu lah yang dia cakap . Masa tu aku terharu gila bakhang . Dia sokong aku kali ni hahahaha . Terima kasih weh . Tapi aku takde Twitter hmm . hahaha . Aku sebenarnya takde niat pun nak publish aku punya karya dekat alam maya . Aku nak jaga kesucian dia heh . Tapi ada sebab kenapa aku post cerpen aku tu kat Instagram . Aku nak kawan-kawan sekelas aku, ingat peristiwa yang ada kat dalam cerpen tu sampai bila-bila .
Jadi , itulah sebab utamanya . Tapi ada lagi sebab yang paaaling utama gila .
Kan masa memula aku cakap aku dah laama gila teringin nak buat blog en . Tapi takde ah sampai kempunan jadah tu . Aku buat kerana Allah . Aku nak buat blog sebab aku nak give something kepada orang keliling aku . Aku nak share pengalaman hidup aku walaupun takde lah tua mana . Muda . Fresh . Baru habis sekolah hahaha .
Jadi aku berharap (asal dah macam nak berkempen ni hek), kita sama-sama dapat positive vibes dalam kehidupan kita . Dapat share ilmu dan pengalaman sesama kita . Aku minta sangat-sangat kalau nampak salah silap atau kekurangan sepanjang penulisan aku ni , tegur la aku . Aku takde hal . Aku okay .
SO , SELAMAT DATANG KE LANGSIR KACA .
No comments:
Post a Comment