Sunday, January 11, 2015

Penakut ? Lek . Tu dulu . .

Bismillahirrahmanirrahim. .

Assalamualaikum . Jadi setakat ni , ni post aku yang kedua lah . Tak jauh sangat gap hari dengan post aku yang pertama . Memandangkan mood menaip aku dah sampai , idea pulak berbaldi-baldi , meh ahh dengar cerita suka sadis pahit manis aku . Dah secukup rasa dah tu .

    Masa zaman aku sekolah menengah dulu , ewah macam dah lama beno tinggalkan sekolah padahal baru je beberapa bulan . Ada beberapa orang cikgu pernah tanya aku soalan yang lebih kurang macam ni ,

"Najatul , cikgu nak tanya . Awak ada join mana-mana kelas ke untuk pelbagaikan intonasi suara awak semasa awak berpidato, syarahan dan sebagainya ?"

Gulp . *sebab tak sangka cikgu tanya soalan macam tu *

Ada juga cikgu yang tanya soalan yang lebih kurang macam ni pula ,

"Awak dah join AMPAC berapa lama ?"

Whaatt cikgu ? Apa tu ? Tengok . Aku yang tanya balik kat cikgu apa benda tu . Rupanya AMPAC ni dia bangunkan potensi , kemahiran dan kepimpinan remaja . Ilmu pidato pun dia ada ajar . Ohh no wonder lah cikgu tanya soalan yang macam tu . 

Soalan-soalan cikgu tu , aku jawab lebih kurang bunyi dia macam ni ,

"Emm  . . .," (hek eleh engko tak reti pulak nak cakap .cepuk kang)

"Cikgu , hmm saya tak pernah join mana-mana kelas pun . Betul serious saya tak tipu . Emm mungkin saya belajar daripada pengalaman kot (hek eleh ko naja .jawapan tak boleh nak poyo lagi) . Percayalah cikgu . Saya cakap betul ."

Haa lebih kurang macam tu lah aku cakap . Cikgu pun terima jawapan aku dengan hati yang redha . 

    Jujur aku cakap , aku tak tahu pun aku ada bakat dalam memberi ucapan umum di hadapan khalayak ramai . Dulu-dulu , masa zaman kegemilangan kanak-kanak , obviously masa tadika dan sekolah rendah , akulah manusia yang paling banyak emas  dalam mulut kahkahkah . Kalau cikgu suruh aku berdiri untuk baca buku kuat-kuat  dekat dalam kelas , aku rasa macam nak meraung kat situ gak sebab taknak baca . Malu! Bila aku dah baca tu , aku rasa kawan aku yang duduk kat belakang sekali tak dengar kot apa yang aku baca . Haaih tu lah

Tapi alhamdulillah semuanya berubah sejak peristiwa ni . .

    Masa tu aku darjah 5 . Kejadian ni berlaku masa kat sekolah agama . Masa tu sekolah agama aku sesi petang . Time tu ada pertandingan-pertandingan peringkat zon . Ada pertandingan nasyid, tulis khat , khutbah , syarahan bahasa melayu ,bercerita dan banyak lagi lah . Nak dipendekkan cerita , aku pun join nasyid . Tapi tak sangka pulak  peserta nasyid dah terlebih sorang . Ish cikgu nasyid tu nak test suara setiap seorang la pulak . Cuak ah aku . ye ah aku mengaku , kadang-kadang suara aku sedap hekhek tapi kadang-kadang tak sedap langsung . ceh . So , kau boleh agak en apa jadi lepas tu . Ye betul lah tu . Aku tak terpilih. Kejadian tu berlaku kat dalam surau sekolah  . Masa cikgu nasyid tu umum yang aku tak terpilih, aku okay je . Konon-konon steady bakhang .

    Pastu aku keluar pakai kasut . Kan dah kata aku steady , tapi tu kejap je lah . Bila dah siap pakai kasut tu, haa time tu lah air mata aku ni tak segan-segan dia nak keluar . Memang dia keluar ah meleleh habis . Dah sampai kat kelas pun aku menangis lagi . Nasib baik lah masa tu ustazah tak mengajar . Dia suruh buat kerja sendiri sebab ramai yang takde dalam kelas mungkin . Aku dapat la jugak simpati daripada kawan-kawan yang duduk dekat keliling aku kahkahkah . Tanya aku kenapa aku nanges .Cuba nak pujuk aku sebab mungkin dorang tengok aku ni macam dah teruk sangat . Macam frust habis . ceh

    Tak lama lepastu aku pun okay . Dah boleh terima kenyataan sikit . Aku main-main jap kat dalam kelas . Haa ko gelak lah .  macam lah ko nak baca buku sangat kalau ustazah bagi buat kerja sendiri en? hahahaha . Tapi tu dulu lah masa sekolah rendah . Dah masuk sekolah menengah , kalau cikgu bagi buat kerja sendiri , aku dengan tergopoh-gapahnya siapkan homework yang bila tah sebab memang kene submit harini hahahaha .

Okay . Sambung

    Tak lama lepastu , ustazah yang bagi kitorang buat kerja sendiri tu , panggil aku . Aku rasa pelik campur takut gak . Sebab dia eh tak beliau selalunya garang ,tapi dengan aku tak lah hahahah . Aku pun bangun dari kerusi pergi kat depan ,tempat beliau duduk . Beliau cakap kat aku lebih kurang macam ni ,

" Emm najatul , ustazah tak ada peserta lagi yang masuk syarahan bahasa melayu . Jadi , saya nak awak masuk syarahan ni , boleh?"

Ko nak tahu tak reaksi aku cemana ? 

Entah lah nak hahaha  . Aku pun tak tahu kenapa . Patutnya on the spot aku kene geleng kata tak nak . Tapi lain pula jadinya .

    Masa tu aku tak fikir panjang , takde angin takde ribut aku terus angguk tanda setuju . Aku pun ambik teks syarahan daripada ustazah tu sebab dia suruh hafal . Aku pun duduk balik kat tempat aku . Pastu aku terasa macam aku baru tersedar . Asal laaa aku terima tawaran ustazah tuuuuuu . Dah la aku tak pernah buat benda ni seumur hidup aku .Kene hafal teks pulak tu . Eh kau pernah tak hafal teks sebanyak 5 ke 6 muka surat? pernah tak? pernah tak? hmm mungkin ko pernah kot . Aku tak pernah weh . Pastu aku ada la pasang niat balik rumah nanti nak tanya mak macam mana nak bersyarahan ni . Mana lah tahu mak aku pro benda-benda ni en . Alangkah hibanya rasa hati tapi bercampur gembira jugak . mak aku cakap macam ni ,

"Sebenarnya mak tak tahu nak syarahan ni macam mana . Mak tak pernah masuk . Tak pelah meh sini mak ajar ,"

Gembira jap .

    Kiranya aku ada dua orang yang ajar aku syarahan masa tu . Kalau kat rumah . mak yang ajar aku . Kalau kat sekolah , ustazah zarina yang ajar aku . haa nama ustazah tu ustazah zarina . Penat jugak la ustazah zarina nak ajar aku . ye ah manada orang syarahan tangan kaku tak bergerak en . hahaha aku pakai main hafal je teks tapi gaya tangan tak buat sangat , dah macam pembaca berita yang dah kene reject je .  Tapi sekarang ,kawan-kawan aku selalu bergurau dengan aku lebih kurang macam ni ,

 "Naja , kau bila bercakap berborak-borak, memang kau suka gerak-gerakkan tangan eh,"

Well entah lah weh . Aku tak tahu kenapa dah jadi sebahagian daripada habit aku .

Okay aku sambung balik .

Masa hari pertandingan tu , aku tak menang pun . Aku tak kesah sebab ni percubaan aku kali yang pertama. Masa darjah 6 , ustazah zarina masih lagi memilih aku sebagai peserta syarahan bahasa melayu.

So, daripada situlah bakat aku diasah sampai tajam , digarap sampai berkilat-kilat . Masa tingkatan 1 , aku lek jap . Sebab aku takut nak bersaing , pesaing aku semuanya hebat-hebat . Takut tak menang pun salah satu faktor gak hahahaha . Tapi bila fikir balik , buat apa nak capai sesuatu pencapaian sedangkan pengalaman tu lebih penting daripada segalanya? ewah hahaha . Aku nekad ,masuk je tingkatan 2 , aku join pertandingan syarahan peringkat sekolah . Masa tu aku tak yakin sangat yang aku boleh menang ,ye lah pesaing aku semuanya teror weh . Pastu bila cikgu announced , tempat ketiga , aku dah hampa sebab aku memang target tu je . Bila cikgu announced naib johan ,hmm aku memang dah tak mengharap lagi dah . Mendung je muka aku .ceh . Pastu cikgu announced johan ,  cikgu buat gimik lak . Benda yang paling aku tak sangka , CIKGU SEBUT NAMA AKU weh . lek lek . aku buat caps lock bukannya aku nak tengking ko ke apa , aku eksited jah . Ye memang aku tak sangka . Sangat tak sangka! Alhamdulillah misi aku tercapai .

    Masa tingkatan 3 , aku dah naik sesi pagi . Masa tu lagi lah takyah cakap . Senior aku ramai yang power-power weh dalam pengucapan umum ni . Well dorang budak-budak AMPAC . Masa sambutan hari kemerdekaan peringkat sekolah , cikgu adakan pertandingan pidato kemerdekaan . Aku macam biasa hekhek . Saja-saja cari pasal pergi daftar diri kat cikgu haa hamik kau kene bersaing dengan senior-senior kau yang kebabom tu . dah la dorang budak bahas haa ambik kau . Aku memang tak mengharap pun nak menang . ye lah bagi lah laluan kepada senior en hahaha . Pertandingan pun bermula . Aku gunakan tips ustazah zarina aku tu , kalau nak power , kene hafal teks . haa lebih kurang macam tu lah . 

    Pastu cikgu announced .  tempat ketiga ; kawan aku , tak silap aku la . Tempat kedua ; faiz , senior aku budak ampac . Johan ; epul , senior aku ,budak ampac gak , pembahas sekolah . Well kan aku dah agak aku takkan menang punya . Cikgu yang jadi pengacara majlis ,bagi hadiah saguhati dekat aku . Aku pun keluar pakai kasut . Cikgu yang jadi pengacara majlis tu berbincang something dengan juri . Tak lama lepas tu , epul panggil aku . dia cakap juri tersilap apa tah aku pun tak ingat . Nak tahu tak lepastu apa jadi ???

    Rupanya tempat pertama bukan epul . Haaih juri ni nak buat gimik agak-agak ah . Bukan nak cakap apa . Ya Allah alhamdulillah ,rezeki menyebelahi aku . aku tempat pertama alhamdulillah . Aku tabik dengan epul . Dia dengan gentleman nya serahkan hadiah yang dia dapat tu kat aku . Satu benda yang aku nak bagitahu kau, epul sangat power bila berbahas .ayat dia memang kalau kau jadi pihak lawan ,memang kau akan nangis nak balik kahkahkah . 

    Naik form 4 , aku mula masuk forum remaja dalam masa yang sama aku masih kekalkan pidato dan syarahan . Cikgu pujuk aku untuk masuk perbahasan ala parlimen hahaha . Aku taknak sebab aku tak yakin yang aku ni boleh berbahas ke tak . hmm aku pun masuk lah sebab cikgu nak sangat aku masuk . Pastu cikgu letakkan aku sebagai pembahas 3 tak kiralah kerajaan ke pembangkang . weh! gila ahh . pembahas 3 , mulut kene pedas weh ,kene berapi bakhang sebab pembahas 3 macam 'menteri pertahanan' . Aku pun cepat-cepat carikan pengganti untuk aku sebab aku nak tarik diri kahkahkah . Cikgu pun terpaksa lepaskan aku .

    Bila dah naik form 5 , memang dah takde choice lain dah . Cikgu memang nak aku terajui pasukan bahas sebab senior-senior dah takde dah . Cikgu nak aku jadi pembahas 3 AGAIN hahaha . Takpelah aku redha. Aku suruh kawan aku untuk call epul . kalau-kalau epul free ke, suruh dia datang bagi tips kat pasukan aku . Alhamdulillah dia dapat turun .

    Memang pasukan aku dah prepare dah point-point yang nak cakap sebab tajuk pun dah tahu untuk pusingan pertama . yang kelakarnya pasukan aku hanya prepare point untuk pusingan pertama je sebab memang kitorang tak target pergi semi final pun . Tapi lain pula yang jadi . Pasukan lawan kitorang untuk pusingan pertama tak datang hahahaha . Kitorang pergi semi final otomatik seh . Kitorang tak prepare pun tajuk-tajuk lain . Masa kene kuarantin tu , aku memang dah tak dapat nak fikir apa , idea taknak keluar . Masa pertandingan tu , aku macam pondan weh . Pondan bukan sebab tangan aku macam nyah ke apa , tapi hujah aku tah pape dah laa point tak strong langsung . Lembik je .  aku tibai je apa yang aku nak cakap. Takde isi pun, apa yang aku cakap . Main kacau-kacau pihak lawan je . haa tajuk bahas masatu ni haa " Pendekatan undang-undang penyelesaian masalah integriti" haa hamik . time tu  pasukan aku jadi pembangkang . Hmm ko dah boleh agak en pasukan mana menang ? Pasukan lawan menang .

    Sekembalinya ke sekolah ,ceh hahaha kawan-kawan yang lain sibuk duk tanya dapat nombor berapa . Aku dah pakat dah dengan pasukan aku , kalau-kalau ada orang tanya kita dapat nombor berapa , cakap je kalah kat semi final kahkahkah . Jahat en . Tapi betul apa . 

    Jadi , itulah peristiwa-peristiwa yang terjadi kat dalam hidup aku . Benda-benda tu semua lah yang mematangkan aku dan menjadikan aku siapa aku . eh hahaha . Maaf kalau terkasar bahasa ,salah silap mohon ampun .



Kau jangan takut untuk melakukan sesuatu yang kau tak biasa , mungkin sesuatu yang tak biasa itu lah yang akan menjadikan kau siapa kau . Lek je kalau kau masih lagi tak biasa dengan benda baru yang kau ceburi, sebab nanti lama-lama , keseronokan tu akan datang tanpa diduga . Pengalaman takde jual kat tepi-tepi jalan, pengalaman tu jugak kau tak boleh kutip kat tepi-tepi pantai , tapi dia datang daripada diri kau sendiri .

    
    







No comments:

Post a Comment